Thursday, June 21, 2018

Amalan Memeluk Anak Setiap Hari Salah Satu Terapi Untuk Lahirkan Anak Pintar

Pelukan adalah ekspresi sayang dalam bentuk sentuhan fizikal yang paling mudah dilakukan oleh seseorang terhadap orang lain yang dianggap memiliki hubungan yang erat, seperti hubungan antara ibu dan anak.
Pelukan dari ibu memiliki banyak manfaat yang berharga, baik secara fizikal mahupun secara psikologi. Tanpa kita sedari, setiap pelukan dan dakapan ibu memberikan perasaan yang nyaman pada anak-anak.
Ini juga antara salah satu terapi yang boleh membuat anak rasa tenang dan pengubat kepada emosi anak yang sedang bersedih. Seboleh-bolehnya jadikan amalan setiap hari. Antara kuasa pelukan ibu buat anak-anak adalah:
1. Menyembuhkan jiwa dan hati
Pelukan ibu adalah cara terbaik menyembuhkan jiwa dan hati anak yang terluka. Ketika anak merasa kecewa, terluka, cemas dan mengalami tekanan batin yang membuat jiwanya tertekan, pelukan ibu adalah penyembuhnya. Setidaknya melalui pelukan, rasa itu terbahagi antara ibu dan dirinya. Dan anak akan merasa ia tidak seorang diri melalui saat-saat getir itu.
2. Mententeramkan perasaan
Pelukan ibu dapat mententeramkan perasaan anak yang tertekan. Sentuhan lembut ibu akan merangsang keluarnya hormon oksitosin yang mampu memberikan kesan tenang pada anak yang sedang merasa marah, sedih, takut atau tertekan.
3. Masa terbaik untuk menyampaikan nasihat
Pelukan ibu adalah medium terbaik untuk menyampaikan nasihat. Terkadang anak akan mudah mendengar nasihat atau perintah dari ibu melalui sebuah pelukan dan belaian. Anak akan merasa perintah ibu bukan sebagai suatu beban.
4. Meningkatkan sistem pertahanan anak
Sentuhan daripada pelukan ibu akan meningkatkan sistem pertahanan anak. Sentuhan yang tepat akan merangsang sistem penghasilan sel darah putih yang dapat menguatkan sistem imunisasi pada anak.
5. Anak merasa aman dan dilindungi
Pelukan ibu akan membuat anak merasa aman dan dilindungi. Sentuhan ibu akan selalu menjaga anak daripada merasa tidak aman. Pelukan ibu akan selalu melindungi anak dari ketidaknyamanan yang mengganggu. Ketika anak merasa dirinya terancam, ia akan berlari kepada ibunya untuk mencari perlindungan.
6. Mengurangi kesakitan
Pelukan ibu adalah ubat ketika anak sakit. Walaupun tidak secara langsung dapat menyembuhkan, tetapi pelukan hangat daripada ibu akan mengurangi rasa sakit yang sedang dialami.
7. Memupuk nilai empati dalam diri
Pelukan ibu mengajarkan anak bagaimana untuk melakukan suatu hal yang baik dalam kehidupan sosialnya. Anak yang sering dipeluk oleh ibu lebih mampu berempati terhadap masyarakat sekellingnya.
8. Memperbaiki hubungan
Pelukan ibu adalah komunikasi non verbal yang dapat meredakan konflik dan memperbaiki hubungan antara ibu dan anak. Pelukan adalah salah satu cara untuk membangun kasih sayang antara manusia.
9. Membantu perkembangan anak
Pelukan ibu dapat membantu perkembangan anak. Anak yang jarang dipeluk oleh ibu, perkembangannya sedikit lambat. Anak yang sering dipeluk ibu akan mendapat tenaga dan semangat baru untuk berkembang dan aktif melakukan aktiviti lain.
10. Meningkatkan kecerdasan
Pelukan ibu dapat meningkatkan kecerdasan otak anak. Dakapan ibu akan merangsang aliran darah ke otak dan memudahkan anak untuk berfikir dan mudah memahami apa yang dipelajari. Pelukan adalah dorongan agar anak semangat untuk belajar. Pelukan ibu mampu meningkatkan rasa percaya diri anak yang berpengaruh pada peningkatan kecerdasan anak.
11. Membantu mengawal emosi
Pelukan ibu dapat membantu anak untuk mengawal emosi. Anak akan mudah belajar untuk mengawal emosi yang negatif, mudah mengendalikan rasa marah, menjadi peribadi yang lebih tenang dan akan membesar menjadi anak yang penyayang.

Artikel ini diterjemah daripada artikel asal yang ditulis oleh Melisa Ema yang bertajuk 1001 Kebaikan Yang Tercipta Dari Pelukan Ibu Kepada Anaknya.

Wednesday, June 20, 2018

Seminar Fahami Masalah Kanak-Kanak Lewat Pertuturan



ANDA RISAU APABILA ANAK ANAK LAMBAT BERTUTUR?
.
.
"Anak saya dah 3 tahun tapi masih tak boleh buat ayat, baru satu patah.. "
.
"Anak saya 5 tahun, minta dia siapkan tulis huruf A,B,C datu page susah, mcmana ya? tapi kalau dia tgh main, tanya pasal pelajaran sekolah,seronok dia menjawab"
.
.
Perhatian kepada ibu bapa ibu bapa yang menghadapi masalah seperti ini,
JANGAN risau, JANGAN panik, kami ada solusinya!!😍
.
Osem Speech Therapy Centre dengan kerjasama Malaysian Parenting Amazing Association(MAPA) akan mengadakan
.
*Seminar Fahami Masalah Kanak Kanak Lewat Pertuturan*
.
 Tarikh : 30 Jun 2018 (Sabtu)
 Tempat: Dewan Seminar IKSIM, Putrajaya
 Masa: 9.00 pagi - 12.30 tgh hari
&
 Tarikh: 1 Julai 2018 (Ahad)
 Tempat: Flexy Ballroom Sri Iskandar, Perak
 Masa: 9.00 pagi - 12.00 tgh hari
.
Apa tunggu lagi?
KLIK SEKARANG untuk mendaftar!
KLIK SEKARANG untuk mendaftar!
KLIK SEKARANG untuk mendaftar!👇👇👇
http://www.wasap.my/60135074302/saya+nak+join+kelas+ini

Friday, June 8, 2018

Perkembangan Social dan Emosi (PSE)


Perkembangan sosial dan emosi (PSE) merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk rasa yakin diri, rasa percaya, serta empati, iaitu kebolehan untuk memahami dan berkongsi emosi orang lain. PSE turut melibatkan penggunaan bahasa, kemahiran komunikasi serta kemahiran berfikir dalam menjalani kehidupan seharian.

PSE dipengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu faktor biologi, perhubungan sesama manusia dan persekitaran. PSE yang kukuh berkait rapat dengan kejayaan dalam kemahiran sosial, akademik, serta pengurusan emosi yang baik di masa hadapan.

Antara kemahiran sosial dan emosi yang penting untuk ditanamkan dalam diri anak-anak ialah;
1. Yakin diri – boleh melahirkan pendapat dan idea, serta melaksanakannya dengan bantuan minima daripada orang lain.
2. Ingin tahu – berminat menerokai persekitaran mereka.
3. Daya usaha – boleh mengambil inisiatif atau mencari jalan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
4. Kawal diri – boleh mengawal kelakuan, emosi, dan fikiran daripada mengikut kehendak diri, terutamanya dalam situasi yang sukar.
5. Kerjasama – boleh mengambil bahagian dan menjayakan sesuatu aktiviti secara berkumpulan.
6. Komunikasi – berkeupayaan menyampaikan keinginan secara lisan atau bukan lisan melalui cara yang betul.
7. Makna hubungan – Memahami kedekatan hubungan sesama manusia, serta menunjukkan rasa kedekatan tersebut, contohnya mengambil berat pada rakan yang sedih atau cedera.

PSE lebih sukar untuk dipantau perkembangannya, kerana ia bersifat subjektif, dan tidak dapat diukur dengan jelas seperti perkembangan fizikal. Namun PSE boleh dinilai secara objektif, tetapi penilaian profesional hanya dilakukan oleh pakar yang bertauliah sahaja, menggunakan alat penilaian yang diperakui sahih dalam menilai elemen-elemen PSE.

Apa yang lebih penting ibu bapa, guru-guru serta penjaga perlu peka dengan tahap kemahiran sosial dan emosi anak-anak. Jika terdapat tanda-tanda yang membimbangkan, tidak rugi jika anak itu dibawa berjumpa pakar kanak kanak untuk dinilai dan dapatkan nasihat profesional.

Thursday, June 7, 2018

Apa Itu Speech Therapy & Speech Delay??


SPEECH THERAPY DI MALAYSIA

Semua orang mahukan anak yang sihat dan comel-comel belaka. Tetapi tidak semuanya akan berjalan lancar, kita hanya merancang; Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kami juga dapati bahawa ramai sebenarnya yang mempunyai anak yang mempunyai masalah untuk bertutur. Semoga dengan adanya bantuan pakar, sedikit sebanyak boleh membantu anda menangani masalah pertuturan tersebut.
Sebenarnya, speech therapy di Malaysia bukan benda baru. Ia sudah lama ada, cuma tidak ramai orang tahu tentang perkara ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, kita boleh layari beberapa laman blog yang memaparkan kisah benar ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah dengan anak mereka:
Saya pasti anda boleh rasakan kepayahan yang terpaksa dilalui mereka ini dan episod yang mereka terpaksa lalui setiap hari.

APA ITU SPEECH THERAPY?

Speech therapy adalah terapi khusus yang bertujuan untuk menangani mereka yang bermasalah dalam bertutur, seperti lambat bertutur dan mempunyai masalah untuk berkomunikasi sesama rakan sebaya dan orang di sekelilingnya. Ada yang hanya mengalami sedikit masalah dan boleh diselesaikan dengan galakan tetapi tidak kurang juga yang disahkan menghidap penyakit autisme dan perlu menjalani beberapa siri speech therapy.

SPEECH DELAY

Pada kebiasaannya, ibubapa boleh mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anak mereka terutamanya apabila anak mereka lambat untuk memulakan pertuturan. Ia juga dikenali sebagai speech delay. Dan jika si anak boleh bertutur, hanya sedikit sahaja perkataan yang boleh disebut. Kadang-kadang ini boleh membuatkan si anak meradang kerana tidak dapat apa yang mereka nak.

FAKTOR ASAS SPEECH DELAY

#1- Genetik
Mungkin kita biasa dengar orang berkata begini,
“Tak pelah anak kau tu lambat bercakap. Sebab masa kau kecil dulu pun lambat bercakap. Umur 5 tahun baru boleh cakap. Itupun pelat.” 
YA! Mengikut kajian genetik mempengaruhi kebolehan dan kemahiran bercakap. Faktor keturunan ini samalah seperti yang mempengaruhi bentuk tubuh badan, iras muka dan sebagainya. Sungguhpun begitu, ia bukanlah satu perkara yang boleh dilepas pandang, tambahan pula di zaman serba mencabar sekarang. Komuniti pergaulan yang kita lalui dahulu tidak sama dengan yang didepani oleh anak kita sekarang.

#2- Pergaulan yang Terhad.

Zaman yang serba mencabar dan demi memenuhi keperluan kehidupan hari ini, ibu dan bapa terpaksa mencari rezeki bersama. Sebahagian besar tanggungjawab membesarkan mereka ini diberi kepada bibik (orang gaji), nenek mahupun taman asuhan. Mereka tiada teman bermain atau melayan bercakap.
Seperti yang dinyatakan tadi, komuniti pergaulan anak ini terhad tidak seperti kita seperti dahulu. Kita berpeluang bermain di luar dengan bebas. Aktviti seperti bermain police and thiefgalah panjang, nyorok-nyorok bukan sahaja mampu membantu perkembangan otot mereka malah sangat merangsang komunikasi anak 2 atau 3 hala anak.
Mereka perlukan ‘partner’ yang sama tahap pemikiran untuk dijadikan contoh dan mempengaruhi dalam merangsang idea dan tatabahasa mereka.

#3- Tiada Pengalaman Baru

Usaha ibubapa inginkan anak pandai sangat boleh dipuji. Ibubapa inginkan anak mereka cepat belajar dan mengetahui sesuatu perkara baru. Maka bahan bantuan mengajar seperti buku dan permainan pembelajaran menjadi pilihan utama ibubapa.
Ibupaba buka buku tunjukkan gambar sungai. Katanya pada anak “Ini sungai” . Si anak pun mengikutnya untuk beberapa ketika apabila diulang. Kemudian ibubapa bertanya lagi “Apa ni?”. Cukup dua ke tiga mukasurat mereka terus hilang minat untuk mengetahuinya. Si anak hanya menatap gambar sebagai hiburan mereka. Buku kemudiannya di campak ke tepi.
Kita perlu tahu, fitrah manusia tidak suka berterusan ditanya. Bayangkan satu perbualan di meja makan dengan rakan anda. Beliau terus bertanya kepada anda dari satu soalan kepada satu soalan yang lain. Pasti keesokan hari anda akan mencari teman makan semeja yang lain. Begitulah juga dengan anak-anak.
Rangsang mereka dengan pengalaman sebenar. Bawa mereka pergi berkelah di tepi sungai. Masukkan kaki mereka yang kecil itu ke dalam air supaya mereka tahu betapa sejuk airnya. Betapa deras arusnya. Bayangkan berapa banyak patah kata yang boleh kita perkenalkan? “Sungai, Sejuk, Dalam, Batu, pasir, Basah, Tuala, Pokok dan banyak lagi.. “ Semua deria mereka dirangsangkan dan menerimanya sebagai pembelajaran.

#4- Televisyen, Telefon Bimbit dan Tablet
Anak sekarang tidak dapat lari dari pengaruh ini. Ini memang zamannya. Tambahan pula, perisian sekarang penuh dengan permainan pembelajaran yang ‘interaktif’. Anak-anak sangat berminat dan menunjukkan kebolehan malah kebijaksaannya dalam menyelesaikan masalah permainan tersebut.
Mereka leka bermain berjam-jam sehingga habis bateri. Kelekaan ini menjadi salah satu faktor kita membenarkan mereka terus bermain. Ia juga memudahkan kita sebagai ibubapa menguruskan rutin kerja harian kita. Jika dilepaskan keluar bermain pula, dikhuatiri pula faktor keselamatan mereka.
Seperti yang saya katakan anak-anak ini memang bijak. Begitulah yang selalu saya temui, ibubapa berkata; “Anak saya bijak, mereka boleh selesaikan banyak masalah permainan yang ada dalam tab”
Apa sebenarnya permainan?Permainan sepatutnya menyeronokkan serta mampu merangsang kelima-lima deria anak kita. Kuatkan otot mereka. Menyelesaikan masalah. Dan antara yang penting ialah merangsang pengalaman fizikal dan komunikasi mereka.
Cuba kita bayangkan bermain galah panjang seorang diri, tiada jeritan, tiada helah, tiada kecekapan, tiada isyarat mata, tiada ketua, tiada kumpulan, tiada giliran dan tiada larian. Pastinya ia bukan galah panjang namanya. Elemen inilah yang menyuntik keseronokkan untuk mereka bermain dan berkomunikasi berterusan .
Perkataan seperti ini pasti akan digunakan dalam permainan galah panjang; “kau tipu, lari, lompat, kumpulan kau dah kalah, kena”. Inilah permainan sebenar. Ada ransangan deria, koordinasi mata, gerakan fizikal dan interaksi 2 atau 3 hala.
Anak berumur 0-3 tahun adalah waktu kritikal. Anak perlu dikenalkan dan belajar dari dunia sebenar. Bukan dunia maya. Pastikan mereka boleh bercakap dahulu barulah diperkenalkan perkara seperti ABC dan 123. Itu lebih penting.
#5- Bahasa yang bercampur.
Kita mungkin biasa dengar bahasa sebegini. “Papa gi work”. Mungkin untuk sesetengah anak mereka boleh terima. Tapi tidak semua anak sama tahap penerimaannya. Bayangkanlah ibubapa perkenalkan kereta dengan pangilan car, datang bibik pula memanggil mobil; nenek pula panggil kereta’. Keliru si anak dibuatnya.
Tidak kurang juga pengaruh TV. Siaran kartun berbahasa Inggeris menjadi tatapan setiap hari. Ibubapa berbahasa Melayu. Bagaimana si anak ingin proses maklumat diminda?
Ibu dan bapa sepatutnya berbicang dan berpakat. Bahasa apa yang patut diguna untuk anak kesayangan mereka. Berhati-hati dengan perkara ini kerana ia sangat mempengaruhi kebolehan bertutur anak.
Terhadkan waktu anak menonton TV dan bermain telefon bimbit atau tablet. Bawalah mereka keluar berjalan dihujung minggu. Luangkan masa bermain bersama mereka setiap hari. Perkenalkanlah mereka dengan dunia yang luas ini. Mereka adalah insan yang dahagakan ilmu dan pengalaman baru. Janganlah biarkan TV berterusan menjadi guru mereka. Mungkin ia agak memenatkan tapi pastinya ada ganjaran dariNya yang menanti. Bukan untuk orang lain tapi untuk anak kita juga.

Wednesday, June 6, 2018

Pengenalan Osem Speech Therapy Centre

PENGASAS OSEM SPEECH THERAPY CENTRE


PUAN NUR EYKA MAISARA BINTI KHAIRUL ANUAR
BSc in Speech Pathology, USM

PENGENALAN SYARIKAT


        Osem Speech Therapy Centre memulakan perniagaan pada Julai 2017, bermulanya perniagaan adalah dengan melakukan home therapy.

Awal mulanya dilakukan adalah dengan menerima jemputan sebagai penceramah di sekolah, program terapi, seminar dan lain lain dan juga melakukan terapi pertuturan di rumah. Jemputan sebagai penceramah dan juga sesi home therapy sangat memberangsangkan. Dengan pencapaian sesi terapi sewaktu itu mencecah RM1000 sehingga RM5000 dalam tempoh 3 bulan. Pembaikan dan praktis selalu dilakukan dalam menjalankan perniagaan ini agar selalu ada peningkatan kualiti dan kepuasan dari pihak ibu bapa atau kanak-kanak.

Setelah melalui perkembangan yang baik pada bulan Julai 2017, syarikat dikembangkan dengan menyewa ruang pejabat di Kajang untuk memudahkan pengurusan sesi terapi untuk pesakit agar lebih efektif dan berjalan dengan baik.

MISI DAN VISI SYARIKAT

VISI
Menjadi sebuah pusat terapi pertuturan yang menggunakan pendekatan terapi secara menyeluruh dan mengutamakan konsep keluarga sebagai terapis di rumah.

MISI
1)       Memiliki cawangan pusat terapi di seluruh negeri di Malaysia pada tahun 2025
2)       Menyediakan servis terbaik, memenuhi kehendak pelanggan dan pendekatan terapi secara menyeluruh.
3)       Memiliki budaya kerja dan keunikan tersendiri iaitu dengan menerapkan konsep keluarga islamik dalam servis terapi


SERVIS KAMI
Osem Speech Therapy Centre menawarkan perkhidmatan/servis terapi pertuturan kepada pesakit yang mengalami masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan sama ada di rumah pesakit atau premis syarikat. Selain itu, kami ada menawarkan servis lain seperti penilaian psikologi kanak-kanak:
1) Autism
2) ADHD

Perkhidmatan terapi untuk orang dewasa juga disediakan seperti:
1) Individu
2) Kekeluargaan
3) Group therapy

Antara program lain yang dijalankan adalah seperti mengadakan konsultasi dan seminar berkaitan kesedaran masalah komunikasi dan bahasa dan juga masalah psikologi yang dihadapi kanak-kanak dan orang dewasa. Syarikat kami juga membekalkan dan menjual educational toys sebagai bahan terapi ibu bapa di rumah.

Pengasuh : Bagaimana ibu bapa mahu mengenal pasti pengasuh yg baik untuk anak Mencari pengasuh yang sesuai Seorang  pengasuh  bek...