PENGASAS
OSEM SPEECH THERAPY CENTRE
PUAN NUR EYKA MAISARA BINTI KHAIRUL
ANUAR
BSc in Speech Pathology, USM
PENGENALAN
SYARIKAT
Osem Speech Therapy Centre memulakan
perniagaan pada Julai 2017, bermulanya perniagaan adalah dengan melakukan ‘home therapy’.
Awal mulanya
dilakukan adalah dengan menerima jemputan sebagai penceramah di sekolah,
program terapi, seminar dan lain lain dan juga melakukan terapi pertuturan di
rumah. Jemputan sebagai penceramah dan juga sesi ‘home therapy’ sangat
memberangsangkan. Dengan pencapaian sesi terapi sewaktu itu mencecah RM1000
sehingga RM5000 dalam tempoh 3 bulan. Pembaikan dan praktis selalu dilakukan
dalam menjalankan perniagaan ini agar selalu ada peningkatan kualiti dan
kepuasan dari pihak ibu bapa atau kanak-kanak.
Setelah melalui
perkembangan yang baik pada bulan Julai 2017, syarikat dikembangkan dengan
menyewa ruang pejabat di Kajang untuk memudahkan pengurusan sesi terapi untuk
pesakit agar lebih efektif dan berjalan dengan baik.
MISI DAN VISI SYARIKAT
VISI
Menjadi
sebuah pusat terapi pertuturan yang menggunakan pendekatan terapi secara
menyeluruh dan mengutamakan konsep ‘keluarga
sebagai terapis’ di rumah.
MISI
1)
Memiliki cawangan pusat terapi di
seluruh negeri di Malaysia pada tahun 2025
2)
Menyediakan servis terbaik,
memenuhi kehendak pelanggan dan pendekatan terapi secara menyeluruh.
3)
Memiliki budaya kerja dan
keunikan tersendiri iaitu dengan menerapkan konsep keluarga islamik dalam
servis terapi
SERVIS KAMI
Osem Speech Therapy Centre menawarkan perkhidmatan/servis terapi
pertuturan kepada pesakit yang mengalami masalah komunikasi, bahasa dan
pertuturan sama ada di rumah pesakit atau premis syarikat. Selain itu, kami ada
menawarkan servis lain seperti penilaian psikologi kanak-kanak:
1) Autism
2) ADHD
Perkhidmatan terapi untuk orang dewasa juga disediakan seperti:
1) Individu
2) Kekeluargaan
3) Group therapy
Antara program lain yang dijalankan adalah seperti mengadakan konsultasi
dan seminar berkaitan kesedaran masalah komunikasi dan bahasa dan juga masalah
psikologi yang dihadapi kanak-kanak dan orang dewasa. Syarikat kami juga membekalkan dan menjual educational toys
sebagai bahan terapi ibu bapa di rumah.
No comments:
Post a Comment