Wednesday, July 4, 2018

6 Cara Memahami Psikologi Kanak-Kanak

Disebabkan pentingnya untuk anda memahami anak anda, kami ingin kongsikan beberapa cara efektif untuk memahami psikologi kanak-kanak yang boleh anda praktikkan di rumah.

1. Perhatikan kelakuan anak secara kerap

Tunjukkan minat dalam apa yang anak anda buat atau katakan. Yang paling penting, perhatian perlu dibuat tanpa kita menghukum (judging). Hal ini kerana menghukum dapat memberi impak negatif kepada si kecil kita!


2. Meluangkan masa berkualiti dengan anak

Kualiti di sini bermaksud anda bersembang dengan anak kecil anda. Mengingati kata-katanya dan menurunkan level pemikiran anda ke tahapnya – tahap kanak-kanak supaya mereka mudah menerima dan memahami.



3. Perhatian yang tidak berbelah bahagi


Ini amatlah penting untuk ibu ayah yang ada beberapa orang anak. Luangkan masa dengan setiap anak pada masa yang berbeza supaya anda dapat memahaminya lebih baik dan dia juga rasa dihargai.







4. Ambil tahu hal anak 

Jika anda menghantar anak ke nurseri atau sekolah tadika, pastikan anda tahu keadaannya di sana. Siapa rakan rapatnya? Apa aktivitinya? Bersembang dengan ibu ayah adalah terapi terbaik buat anak!



5. Fikir seperti kanak-kanak 

Dengan membuang seketika pemikiran dewasa anda, lebih mudah untuk anda berinteraksi dengan si kecil. Contohnya, tanya soalan mudah (yang anda rasakan seperti soalan bodoh) atau buat alasan (excuses) untuk setiap perangainya yang anda tidak gemari.


6. Mengambil berat emosi anak


Amat mudah untuk Mummy Daddy anak kecil terlepas pandang tentang hal ini. Beri perhatian pada emosinya setiap hari dan tunjukkan padanya yang anda perasan dan memahaminya. Contoh: “Zara sedih ya hari ini?” atau “Abang gembira ya petang ini.” Ibu bapa perlu sentiasa mengambil tahu perasaan atau emosi anak kecil supaya mereka tidak merasa tersisih.

No comments:

Post a Comment

Pengasuh : Bagaimana ibu bapa mahu mengenal pasti pengasuh yg baik untuk anak Mencari pengasuh yang sesuai Seorang  pengasuh  bek...