Monday, July 9, 2018

Pengasuh: Bagaimana ibu bapa mahu mengenal pasti pengasuh yg baik untuk anak


Mencari pengasuh yang sesuai


Seorang pengasuh bekerja dari rumahnya sendiri. Oleh itu, anda perlu benar-benar berpuas hati dan yakin bahawa pengasuh yang anda pilih itu boleh anda percaya.

Ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa seorang pengasuh itu benar-benar berupaya menjaga anak anda dengan selamat, tetapi pertama sekali anda perlu mencari seseorang yang sefahaman dengan anda. Sesetengah ibu bapa yang bekerja mendapati bahawa mereka dapat berkawan baik dengan pengasuh anak mereka kerana mereka mempunyai pandangan dan nilai-nilai yang sama berkenaan dengan penjagaan nak.

Carilah seseorang yang anda boleh percaya dan hormat. Jika anda mempunyai perasaan ragu-ragu, anak anda dapat merasainya dan dia mungkin menjadi resah, atau cuba memilih salah seorang daripada anda.


Bagaimana ibu bapa nak pastikan pengasuh yg anda pilih mempunyai reputasi yg baik?


Pengasuh yang bagus dan berpengalaman berupaya menarik ramai ibu bapa, dahulu dan sekarang, yang tidak teragak-agak memberi rujukan yang baik. Mintalah beberapa nombor ibu bapa yang pernah atau masih menghantar anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh tersebut dan berbuallah seketika dengan mereka. Melalui perbualan tersebut, anda boleh rasa samada pengasuh itu bagus ataupun tidak.

Gambaran pertama juga perlu diambil kira. Adakah anda selesa dengan individu ini? Jika anak anda ada di situ, bagaimanakah reaksinya? Gunakan pertimbangan anda sendiri untuk menilai gerak hati anda dan dapatkan pandangan daripada ibu bapa lain.


Anak-anak pengasuh sendiri 

VS 

Anak kita yg dihantar


Penting bagi anda berpuas hati dan yakin bahawa anak-anak anda tidak akan dilayan dengan cara yang sangat berbeza daripada anak-anak pengasuh itu sendiri. Anda harus berbincang mengenai perkara ini apabila berjumpa dengan pengasuh itu. Pengasuh yang baik akan memikirkan bahawa perkara ini penting.

Anda harus terima hakikat bahawa sedikit kejanggalan akan berlaku di rumah pengasuh, sekurang-kurangnya untuk sementara sehingga anak anda sudah menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut. Tetapi anda seharusnya merasa yakin bahawa daripada hari pertama lagi anak anda akan menerima layanan yang sama dengan anak-anak pengasuh dalam isu-isu seperti disiplin, konflik, penyelesaian konflik dan perhatian.



Apakah soalan-soalan yang harus saya tanya apabila saya berjumpa dengan pengasuh?



Kebanyakan pengasuh mula mengambil upah menjaga anak ketika anak-anak mereka sendiri masih kecil. Kemahiran mereka sebagai penjaga biasanya diperolehi daripada pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, perlu bagi anda meluangkan sedikit masa berbincang dengan bakal pengasuh mengenai pendekatan mereka terhadap sesetengah perkara supaya anda tahu bahawa anda berdua sefahaman mengenai isu-isu penting berkaitan penjagaan anak.

Berikut ialah beberapa soalan yang anda boleh tanya:

  • Apakah pendekatan anda mengenai disiplin? Bagaimanakah cara anda mendisiplinkan kanak-kanak? Adakah umur kanak-kanak itu turut diambil kira? Apakah yang anda sifatkan sebagai kelakuan buruk?
  • Apakah makanan kegemaran anda untuk disajikan kepada anak-anak? Apakah yang anda biasanya hidangkan kepada mereka? Berapa kerapkah anda membenarkan mereka makan snek, gula-gula dan kuih-muih yang manis?
  • Bolehkah anda gambarkan satu hari yang biasa kepada saya?
  • Apakah jenis aktiviti yang anda lakukan bersama-sama kanak-kanak ini? Bolehkah saya lihat beberapa contoh?

Jangan malu untuk bertanya. Sesetengah soalan kelihatan tidak penting, tetapi anda berhak untuk tahu bagaimana anak anda akan dilayan. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, tetapi pengasuh yang baik ialah yang memberikan jawapan hampir sama dengan pendapat anda sendiri. Seorang pengasuh mempunyai pengaruh besar kepada anak-anak dalam jagaan mereka dan anda harus membuat lawatan seberapa kerap yang boleh, dan tanyalah soalan sehingga anda benar-benar puas hati.



Apakah yang akan dilakukan oleh anak saya sepanjang hari?


Anda akan dapat mengagak apa yang anak anda akan lakukan di sana apabila anda melawat rumah pengasuh pada waktu siang. Anda seharusnya dapat melihat banyak barang mainan dan aktiviti yang berlaku di rumah itu. Jika anak anda sudah pandai bercakap, dia pasti mempunyai banyak perkara untuk diberitahu, dan anda akan lebih jelas mengenai apa yang berlaku di sana.

Walaupun penting untuk anda ingat bahawa pengasuh itu mungkin mempunyai anak-anak kecil serta kerja-kerja rumah untuk dilakukan, anda seharusnya rasa yakin bahawa anak-anak anda mempunyai peluang yang banyak untuk bermain di dalam dan di luar rumah.


Apakah ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang pengasuh?


First of all, pengasuh itu sendiri perlulah benar-benar sukakan kanak-kanak. Tanyalah pengasuh itu apa yang mendorongnya melakukan tugas ini dan apa yang mereka paling seronok mengenainya.

Apa yg kita maklum, menjaga kanak-kanak sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual.


Kesimpulan

Perkara yg perlu dititik beratkan pada pengasuh:

  • reputasi yang baik
  • keupayaan untuk melayan anak anda sama seperti dia melayan anaknya sendiri
  • sikap yang tegas tetapi adil
  • banyak aktiviti untuk dilakukan oleh kanak-kanak
  • perasaan sukakan kanak-kanak
  • rumah yang bersih dan selamat.


Cdt: 

Thursday, July 5, 2018

TERBARU! KRONOLOGI KEMATIAN BABY ADAM RAYQAL


  • 6.30 petang: Babysitter beritahu dan call ibu baby Adam menyatakan suaminya sudah ambil anaknya. Kemudian, ibu bayi tersebut bertanyakan kepada suaminya.

  • Ibu kepada Baby Adam terkejut apabila suaminya berkata belum ambil. Kesimpulan yang dibuat, Adam Rayqal mungkin diculik oleh lelaki lain yang menyamar jadi bapa bayi.

  • 9 malam: Laporan polis dibuat oleh ibu bapa kandung Adam Rayqal. Ibu bapa bayi tersebut, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi dan Farrah Madihah Othman belum tahu kes tersebut bukan diculik tapi bayi sudah meninggal.

  • 11 malam: Polis melakukan siasatan terperinci ke atas kes tersebut. Lantas pihak polis berjumpa dengan pengasuh untuk beri kenyataan. Namun, polis rasa ragu-ragu dengan kenyataan yang diberikan.

  • Selepas disoal siasat, polis melakukan serbuan di rumah pengasuh di Kampung Nakhoda Batu Caves, Selangor dan menemui bayi tersebut dalam peti ais dingin beku. Itupun selepas didesak oleh pihak polis untuk menunjukkan tempat di mana dia meletakkan bayi tersebut.

  • 2.30 pagi: Doktor mengesahkan kematian bayi Adam Rayqal yang telah meninggal dunia.

  • Keesokannya, pihak hospital melakukan post mortem ke atas punca kematian bayi Adam Rayqal dan pakar mendapati kematiannya disebabkan trauma tumpul.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

APA SEBENARNYA TRAUMA TUMPUL?

Trauma tumpul merupakan satu situasi apabila tubuh dilanggar atau dipukul dengan objek tumpul / tidak tajam dengan kekuatan maksima yang boleh menyebabkan kerosakan ketara.
Trauma ini turut berlaku apabila terdapat kesan calar, kecederaan atau serangan fizikal terhadap tubuh seseorang. Trauma tumpul menyebabkan luka, melecet atau kecederaan serius seperti patah tulang.
Trauma tumpul juga berbeza dengan trauma akibat benda tajam seperti peluru atau pisau yang boleh tertusuk ke tubuh badan. Ia hanya boleh mendatangkan kecederaan kepada tubuh hingga boleh menyebabkan kematian jika hentakan kuat berlaku.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara benda tumpul yang boleh menyebabkan trauma tumpul seperti

  • Benda tidak bermata tajam
  • Benda yang keras atau kenyal
  • Permukaan yang halus atau kasar

Tanda-tanda individu menderita trauma tumpul

  • Terdapat lingkaran pada pinggang berhubung dengan kerosakan usus kecil
  • Tulang rusuk bahagian bawah tidak stabil atau terdapat tanda tulang patah. Boleh juga menunjukkan kecederaan pada hati dan limpa.
  • Perut dilihat pucat atau berlaku pendarahan dalam perut.
  • Perut tegang dan kaku. Malah menujukkan ada kecederaan.
  • Perut dan pinggang tidak dalam keadaan normal seperti ada udara atau cairan dalam kawasan perut.
  • Terdapat luka di tubuh badan
  • Muntah atau mual
  • Detak jantung bertambah cepat
  • Tekanan darah rendah
  • Demam

Apa patut anda buat bila bayi hadapi trauma tumpul?

1) Lihat kondisi luka dan periksa tempat yang tercedera. Tengok sama ada kecederaan serius, sederhana atau tidak.
2) Dukung bayi dan letakkan di ruang kosong yang lebih tenang. Kemudian jika nampak ada darah atau bengkak, lapkan dengan kain bersih dan balut nipis.
3) Cuba rawat luka yang ada.
4) Sekiranya semakin parah seperti bengkak tak surut atau pendarahan yang serius, anda jangan panik tapi terus bawa bayi ke hospital.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kami di OSEM Speech Therapy Centre mendoakan agar ibu bapa arwah adik Adam tabah dan cekal menghadapi ujian ini. Semoga roh adik Adam Rayqal ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin. Al-Fatihah~


Cdt: https://my.theasianparent.com/trauma-tumpul-kes-kematian-bayi

Wednesday, July 4, 2018

6 Cara Memahami Psikologi Kanak-Kanak

Disebabkan pentingnya untuk anda memahami anak anda, kami ingin kongsikan beberapa cara efektif untuk memahami psikologi kanak-kanak yang boleh anda praktikkan di rumah.

1. Perhatikan kelakuan anak secara kerap

Tunjukkan minat dalam apa yang anak anda buat atau katakan. Yang paling penting, perhatian perlu dibuat tanpa kita menghukum (judging). Hal ini kerana menghukum dapat memberi impak negatif kepada si kecil kita!


2. Meluangkan masa berkualiti dengan anak

Kualiti di sini bermaksud anda bersembang dengan anak kecil anda. Mengingati kata-katanya dan menurunkan level pemikiran anda ke tahapnya – tahap kanak-kanak supaya mereka mudah menerima dan memahami.



3. Perhatian yang tidak berbelah bahagi


Ini amatlah penting untuk ibu ayah yang ada beberapa orang anak. Luangkan masa dengan setiap anak pada masa yang berbeza supaya anda dapat memahaminya lebih baik dan dia juga rasa dihargai.







4. Ambil tahu hal anak 

Jika anda menghantar anak ke nurseri atau sekolah tadika, pastikan anda tahu keadaannya di sana. Siapa rakan rapatnya? Apa aktivitinya? Bersembang dengan ibu ayah adalah terapi terbaik buat anak!



5. Fikir seperti kanak-kanak 

Dengan membuang seketika pemikiran dewasa anda, lebih mudah untuk anda berinteraksi dengan si kecil. Contohnya, tanya soalan mudah (yang anda rasakan seperti soalan bodoh) atau buat alasan (excuses) untuk setiap perangainya yang anda tidak gemari.


6. Mengambil berat emosi anak


Amat mudah untuk Mummy Daddy anak kecil terlepas pandang tentang hal ini. Beri perhatian pada emosinya setiap hari dan tunjukkan padanya yang anda perasan dan memahaminya. Contoh: “Zara sedih ya hari ini?” atau “Abang gembira ya petang ini.” Ibu bapa perlu sentiasa mengambil tahu perasaan atau emosi anak kecil supaya mereka tidak merasa tersisih.

Monday, July 2, 2018

Anak anda darah apa? Karakter anak boleh dilihat ikut kumpulan darahnya.

Kalau nak tengok perwatakan dan keperibadian anak, anda boleh lihat melalui karakter anak menurut golongan darah ini. Adakah ia sama atau sebaliknya?

Karakter anak menurut golongan darah boleh dilihat berdasarkan darah mereka sama ada ia jenis A, B, O atau AB. Setiap golongan darah ini memiliki keunikan tersendiri.
Jom lihat adakah ia tepat, lebih kurang sama atau kurang tepat. Pokok pangkalnya, ibu bapa boleh lihat adakah karakter anak ini benar-benar mengikut golongan darahnya. 
Menurut ahli naturopati Amerika Syarikat, Peter J. D’ Adamo, beliau mengatakan karakter anak menurut golongan darah mencerminkan sikapkeperibadian dan perwatakan dirinya. 
Manakala pakar psikologi pula mengatakan, ibu bapa mudah mencorak dan mengasuh anak sekiranya tahu jenis darah anak mengikut karakter anak menurut golongan darah ini.
Namun, jangan jadikannya sebagai acuan utama kerana ibu bapalah orang penting yang mencorakkan didikan pada anak-anak. 

Karakter anak menurut golongan darah


1. Karakter anak menurut golongan darah O


  • Karakter anak menurut golongan darah O: memiliki semangat yang tinggi. Dia cenderung melakukan sesuatu perkara tanpa perlu bertanya terlebih dulu. Pendek kata, dia bijak buat keputusan. 
  • Namun begitu, karakter anak menurut golongan darah O ini juga bijak menutupi kesalahan sendiri tapi bila tak boleh nak uruskan sesuatu, dia melarikan diri. 
  • Tapi, karakter anak menurut golongan darah O juga seorang yang pemurah dan berjiwa pemimpin. Tapi ada negatifnya di mana dia seorang yang keras kepala.
  • Bila anda tahu anak jenis darah O, elakkan kata-kata ‘perintah’ kerana mereka tak suka. Tapi ibu bapa boleh meminta bantuan mereka dan mereka mudah berikan pertolongan. 
  • Ketika sedang marah berikan dia sedikit waktu untuk tenang. 

2. Karakter Anak-Anak Golongan Darah Jenis B


  • Seorang yang kreatif. 
  • Menikmati kehidupan dengan santai dan aman
  • Ada rasa ingin tahu dan tertarik dengan pelbagai hal. 
  • Mempunyai kemampuan multitasking yang baik. 
  • Tak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain berkaitan dirinya. 
  • Bagi anak dengan golongan darah B, ibu bapa perlu bebaskan anak memilih apa yang dia suka dari sudut minat dan bakatnya. 


3. Karakter anak menurut golongan darah A


  • Karakter anak dalam kategori darah A adalah seorang yang mudah ikut kata-kata ibu bapanya, takut berhadapan dengan risiko, dan sangat cermat dalam uruskan sesuatu perkara. 
  • Dia pantang jika ada orang yang  melanggar peraturan dan dia juga mudah menerima arahan. 
  • Seorang yang mudah dipercayai kerana karakter dirinya penuh ketelitian.
  • Seorang yang berwatak serius, tenang dan adakalanya sedikit keras kepala.
  • Untuk ibu bapa, menjaga anak dengan golongan darah A ini anda perlu memberikannya jaminan keselamatan supaya dia percaya bahawa kata-kata anda itu benar 

4. Karakter anak menurut golongan darah AB

  • Anak dalam golongan darah AB pula memiliki sikap peribadi yang unik. 
  • Dia memiliki sedikit sifat dari golongan darah A dan darah B. 
  • Walaupun suka berkawan, anak golongan darah AB juga suka menyendiri. 
  • Ibu bapa yang mempunyai anak dalam golongan darah AB perlu faham karakternya dan bertanya apa yang sedang di lakukan.
Dapat bezakan personality anak anda? Anak anda golongan darah apa? Jom kongsikannya dengan kami!

Thursday, June 21, 2018

Amalan Memeluk Anak Setiap Hari Salah Satu Terapi Untuk Lahirkan Anak Pintar

Pelukan adalah ekspresi sayang dalam bentuk sentuhan fizikal yang paling mudah dilakukan oleh seseorang terhadap orang lain yang dianggap memiliki hubungan yang erat, seperti hubungan antara ibu dan anak.
Pelukan dari ibu memiliki banyak manfaat yang berharga, baik secara fizikal mahupun secara psikologi. Tanpa kita sedari, setiap pelukan dan dakapan ibu memberikan perasaan yang nyaman pada anak-anak.
Ini juga antara salah satu terapi yang boleh membuat anak rasa tenang dan pengubat kepada emosi anak yang sedang bersedih. Seboleh-bolehnya jadikan amalan setiap hari. Antara kuasa pelukan ibu buat anak-anak adalah:
1. Menyembuhkan jiwa dan hati
Pelukan ibu adalah cara terbaik menyembuhkan jiwa dan hati anak yang terluka. Ketika anak merasa kecewa, terluka, cemas dan mengalami tekanan batin yang membuat jiwanya tertekan, pelukan ibu adalah penyembuhnya. Setidaknya melalui pelukan, rasa itu terbahagi antara ibu dan dirinya. Dan anak akan merasa ia tidak seorang diri melalui saat-saat getir itu.
2. Mententeramkan perasaan
Pelukan ibu dapat mententeramkan perasaan anak yang tertekan. Sentuhan lembut ibu akan merangsang keluarnya hormon oksitosin yang mampu memberikan kesan tenang pada anak yang sedang merasa marah, sedih, takut atau tertekan.
3. Masa terbaik untuk menyampaikan nasihat
Pelukan ibu adalah medium terbaik untuk menyampaikan nasihat. Terkadang anak akan mudah mendengar nasihat atau perintah dari ibu melalui sebuah pelukan dan belaian. Anak akan merasa perintah ibu bukan sebagai suatu beban.
4. Meningkatkan sistem pertahanan anak
Sentuhan daripada pelukan ibu akan meningkatkan sistem pertahanan anak. Sentuhan yang tepat akan merangsang sistem penghasilan sel darah putih yang dapat menguatkan sistem imunisasi pada anak.
5. Anak merasa aman dan dilindungi
Pelukan ibu akan membuat anak merasa aman dan dilindungi. Sentuhan ibu akan selalu menjaga anak daripada merasa tidak aman. Pelukan ibu akan selalu melindungi anak dari ketidaknyamanan yang mengganggu. Ketika anak merasa dirinya terancam, ia akan berlari kepada ibunya untuk mencari perlindungan.
6. Mengurangi kesakitan
Pelukan ibu adalah ubat ketika anak sakit. Walaupun tidak secara langsung dapat menyembuhkan, tetapi pelukan hangat daripada ibu akan mengurangi rasa sakit yang sedang dialami.
7. Memupuk nilai empati dalam diri
Pelukan ibu mengajarkan anak bagaimana untuk melakukan suatu hal yang baik dalam kehidupan sosialnya. Anak yang sering dipeluk oleh ibu lebih mampu berempati terhadap masyarakat sekellingnya.
8. Memperbaiki hubungan
Pelukan ibu adalah komunikasi non verbal yang dapat meredakan konflik dan memperbaiki hubungan antara ibu dan anak. Pelukan adalah salah satu cara untuk membangun kasih sayang antara manusia.
9. Membantu perkembangan anak
Pelukan ibu dapat membantu perkembangan anak. Anak yang jarang dipeluk oleh ibu, perkembangannya sedikit lambat. Anak yang sering dipeluk ibu akan mendapat tenaga dan semangat baru untuk berkembang dan aktif melakukan aktiviti lain.
10. Meningkatkan kecerdasan
Pelukan ibu dapat meningkatkan kecerdasan otak anak. Dakapan ibu akan merangsang aliran darah ke otak dan memudahkan anak untuk berfikir dan mudah memahami apa yang dipelajari. Pelukan adalah dorongan agar anak semangat untuk belajar. Pelukan ibu mampu meningkatkan rasa percaya diri anak yang berpengaruh pada peningkatan kecerdasan anak.
11. Membantu mengawal emosi
Pelukan ibu dapat membantu anak untuk mengawal emosi. Anak akan mudah belajar untuk mengawal emosi yang negatif, mudah mengendalikan rasa marah, menjadi peribadi yang lebih tenang dan akan membesar menjadi anak yang penyayang.

Artikel ini diterjemah daripada artikel asal yang ditulis oleh Melisa Ema yang bertajuk 1001 Kebaikan Yang Tercipta Dari Pelukan Ibu Kepada Anaknya.

Wednesday, June 20, 2018

Seminar Fahami Masalah Kanak-Kanak Lewat Pertuturan



ANDA RISAU APABILA ANAK ANAK LAMBAT BERTUTUR?
.
.
"Anak saya dah 3 tahun tapi masih tak boleh buat ayat, baru satu patah.. "
.
"Anak saya 5 tahun, minta dia siapkan tulis huruf A,B,C datu page susah, mcmana ya? tapi kalau dia tgh main, tanya pasal pelajaran sekolah,seronok dia menjawab"
.
.
Perhatian kepada ibu bapa ibu bapa yang menghadapi masalah seperti ini,
JANGAN risau, JANGAN panik, kami ada solusinya!!😍
.
Osem Speech Therapy Centre dengan kerjasama Malaysian Parenting Amazing Association(MAPA) akan mengadakan
.
*Seminar Fahami Masalah Kanak Kanak Lewat Pertuturan*
.
 Tarikh : 30 Jun 2018 (Sabtu)
 Tempat: Dewan Seminar IKSIM, Putrajaya
 Masa: 9.00 pagi - 12.30 tgh hari
&
 Tarikh: 1 Julai 2018 (Ahad)
 Tempat: Flexy Ballroom Sri Iskandar, Perak
 Masa: 9.00 pagi - 12.00 tgh hari
.
Apa tunggu lagi?
KLIK SEKARANG untuk mendaftar!
KLIK SEKARANG untuk mendaftar!
KLIK SEKARANG untuk mendaftar!👇👇👇
http://www.wasap.my/60135074302/saya+nak+join+kelas+ini

Friday, June 8, 2018

Perkembangan Social dan Emosi (PSE)


Perkembangan sosial dan emosi (PSE) merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk rasa yakin diri, rasa percaya, serta empati, iaitu kebolehan untuk memahami dan berkongsi emosi orang lain. PSE turut melibatkan penggunaan bahasa, kemahiran komunikasi serta kemahiran berfikir dalam menjalani kehidupan seharian.

PSE dipengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu faktor biologi, perhubungan sesama manusia dan persekitaran. PSE yang kukuh berkait rapat dengan kejayaan dalam kemahiran sosial, akademik, serta pengurusan emosi yang baik di masa hadapan.

Antara kemahiran sosial dan emosi yang penting untuk ditanamkan dalam diri anak-anak ialah;
1. Yakin diri – boleh melahirkan pendapat dan idea, serta melaksanakannya dengan bantuan minima daripada orang lain.
2. Ingin tahu – berminat menerokai persekitaran mereka.
3. Daya usaha – boleh mengambil inisiatif atau mencari jalan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
4. Kawal diri – boleh mengawal kelakuan, emosi, dan fikiran daripada mengikut kehendak diri, terutamanya dalam situasi yang sukar.
5. Kerjasama – boleh mengambil bahagian dan menjayakan sesuatu aktiviti secara berkumpulan.
6. Komunikasi – berkeupayaan menyampaikan keinginan secara lisan atau bukan lisan melalui cara yang betul.
7. Makna hubungan – Memahami kedekatan hubungan sesama manusia, serta menunjukkan rasa kedekatan tersebut, contohnya mengambil berat pada rakan yang sedih atau cedera.

PSE lebih sukar untuk dipantau perkembangannya, kerana ia bersifat subjektif, dan tidak dapat diukur dengan jelas seperti perkembangan fizikal. Namun PSE boleh dinilai secara objektif, tetapi penilaian profesional hanya dilakukan oleh pakar yang bertauliah sahaja, menggunakan alat penilaian yang diperakui sahih dalam menilai elemen-elemen PSE.

Apa yang lebih penting ibu bapa, guru-guru serta penjaga perlu peka dengan tahap kemahiran sosial dan emosi anak-anak. Jika terdapat tanda-tanda yang membimbangkan, tidak rugi jika anak itu dibawa berjumpa pakar kanak kanak untuk dinilai dan dapatkan nasihat profesional.

Pengasuh : Bagaimana ibu bapa mahu mengenal pasti pengasuh yg baik untuk anak Mencari pengasuh yang sesuai Seorang  pengasuh  bek...